Lap Marketing

Grafik Tool Online Percuma

Grafik Tool Online Percuma
Saya ingin berkongsi tentang grafik tool online  untuk design banner, iklan facebook dan macam-macam grafik lagi secara percuma.
.
.
Kalau dulu nak design atau edit gamba kena pakai photoshop (berbayar) atau GIMP (Free) untuk Linux. Sekarang semakin canggih sebab semua dah boleh buat online janji ada sambungan internet. Yang lagi best siap dah ada template untuk media sosial facebook, twitter, Youtube thumbnail dan macam-macam lagi. Kita cuma perlu upload gambar, letak template, edit sedikit dan kemudian dan boleh download.
.
.
Ada banyak graphic editor online antaranya Canva, Vectr , Pixlr dan Desygner. Saya telah cuba banyak juga online editor ni. Saya dapati Desygner antara tool graphic yang simple, features yang complete dan mesra social network.
.

.

Berbeza dengan Desygner, walaupun ada design premium, design atau tempalate percumanya adalah menarik dan kita juga boleh upload image ke dalam library untuk disimpan dan digunakan untuk grafik yang lain.
.
.
Antara kelebihan lain akaun Percuma Desygner adalah seperti berikut :
.
.

  • Terdapat 35 ribu HD gambar dan grafik
  • Beratus readymade template
  • Tiada watermark
  • Background transparent

.
.
Akaun berbayar juga tidaklah terlalu mahal iaitu USD 6.95 sebulan lebih kurang RM 30 sebulan.  Tetapi kalau anda hanya guna design banner biasa sahaja, akaun Free sudah memadai.
.
.
Anda boleh lihat video di bawah untuk melihat saya mengedit banner untuk entri ini.
.

.
Bisnes Design Anda Sendiri
.
.
Skill untuk design banner, Facebook header dan iklan di Facebook sangat penting jika anda seorang marketer. Banner yang mengancam adalah kunci untuk menarik perhatian pembaca atau bakal customer anda. Jika design hambar, walau macam mana power pun copywriting anda, jika mereka tidak klik  macam mana mereka ingin menerima info yang ingin anda sampaikan.
.
.
Senang cerita kalau nak buat duit online, skill grafik sangat penting. Ya memang betul anda boleh upah grafik designer untuk design untuk anda.
.
.
Bayangkan kalau satu banner sahaja sudah RM70 sehingga RM150. Belum lagi kos eBook Cover  antara RM50  sehingga RM80. Itu baru untuk satu produk, bayangkan jika anda ada banyak produk untuk dipasarkan. Tentu ini menelan belanja yang besar.
.
.
Untuk yang bisnes memang dah besar tak ada masalah. Hire seorang grafik designer sebagai staff pun boleh.
.
.
Tapi untuk yang baru nak mula, tak berapa nak praktikal. Kos tinggi.
.
.
Jangan risau, anda tak perlu pening kepala. Jika anda tidak tahu pasal design. Anda boleh cari idea di Google. Tengok macam mana pakar buat design dan cuba tiru placing title, main dengan tona warna, insyaAllah anda juga boleh jadi expert.
.
.
Jika anda memerlukan gambar percuma atau ingin download background percuma. Anda boleh dapatkan di Unsplash dan di Picjumbo.
.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *