Semasa

8 Rahsia Mudah Buat Duit Dari Rumah

Sebagai seorang yang berjiwa usahawan, kadang-kadang sukar bila kita rasa terperangkap dalam pejabat dari pukul 9-6. Bagi yang dah berhenti kerja pula, mungkin anda akan mudah rasa bosan sebab asyik terperap dalam rumah.
.
.
Situasi ini selalunya dialami oleh suri rumah, mungkin sebab mereka dah biasa bekerja dan merasa duit hasil penat lelah sendiri. Mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi keluarga adalah satu usaha yang mulia. Tetapi, ada banyak cara kalau kita nak buat duit sampingan sambil menjadi suri rumah atau ‘house dad’.
.
.
1# Setiausaha Online
.


.
Kalau anda sudah biasa melakukan kerja pejabat, sudah biasa menaip surat-surat, kertas kerja dan sebagainya. Anda boleh mempertimbangkan untuk menjadi setiausaha secara online. Banyak syarikat dan orang perseorangan yang perlukan khidmat anda untuk menaip dan sebagainya.
.
.
Apa yang anda perlukan adalah kemahiran seperti kemahiran organisasi, kemahiran komunikasi, pengurusan masa dan kemahiran berdikari. Hal ini kerana, mereka yang ingin mengupah anda sama ada tidak mempunyai skill sebagai seorang setiausaha ataupun tidak mempunyai masa kerana terlalu sibuk.
.
.
Antara khidmat yang anda boleh tawarkan adalah menguruskan penetapan mesyuarat, membuat laporan mesyuarat berdasarkan minit yang dicatat, membalas emel-emel syarikat, menyediakan bahan kandungan untuk pembentangan majikan dan mengkoordinasikan syarikat dengan orang luar. Anda boleh kenakan caj berdasarkan tugasan yang disiapkan atau mengikut upah per jam.
.
.
2#Pembeli Online Upahan
.


.
Kadang-kadang, walaupun ramai orang suka beli barang secara online tapi mereka sendiri tak menang tangan nak scroll laman-laman produk kegemaran mereka. Contohnya di laman Lazada, Zalora, Mudah.my, 11 Street dan sebagainya. Tak dinafikan barang-barang yang mereka tawarkan kadang-kadang sangat murah dan menarik tetapi dalam bilangan terhad dan dalam masa yang singkat.
.
.
Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah anda tawarkan perkhidmatan untuk membeli barang-barang ini bagi pihak mereka. Contohnya, tolong mereka beli barang semasa ada sales sama ada secara online atau offline.. Kalau ada sesuatu produk yang menarik dengan kualiti dan harga yang berpatutan, cuba iklankan di media sosial anda. Jika mereka berminat, tolong belikan dan kenakan caj tambahan sebagai upah anda.
.
.
3#Blogger atau Vlogger
.


.
Bagusnya kalau jadi blogger atau vlogger ini adalah anda berkemungkinan untuk mempunyai follower yang ramai dan konsisten. Untuk buat duit melalui medium ini anda terlebih dahulu hendaklah kenal pasti bakat dan minat anda.
.
.
Kalau anda minat memasak contohnya, kongsikan kemahiran anda dengan orang lain melalui penulisan resipi atau rakaman langkah-langkah memasak. Tidak kisahlah dalam bidang kemahiran apa pun baik pelancongan, fesyen, DIY atau membaiki barangan elektrik, kongsikan dengan orang lain dan bina platform audien anda sendiri.
.
.
Pada masa yang sama boleh promosikan produk apa yang anda pakai untuk membuatnya sama ada dalam blog atau YouTube. Ramai artis-artis kita dan mereka yang selalu viral buat duit dengan cara ini. Silap haribulan kalau pengikut kita ramai, ada syarikat ataupun usahawan yang berminat nak bayar kita untuk promosikan produk atau servis mereka. Siapa tahu?
.
.
4#Pencari Bakat
.


.
Mungkin ada antara kita pernah bekerja di bidang HR atau sumber manusia. Jika kita dah ada pengalaman bertahun-tahun menilai penampilan dan perwatakan manusia, mengapa sia-siakan begitu sahaja?
.
.
Walaupun sudah berhenti kita masih boleh melakukan tugas yang sama di rumah. Kita boleh tawarkan perkhidmatan sebagai freelance recruiter dan cari pekerja yang sesuai memenuhi kriteria yang syarikat perlukan.
.
.
Selalunya syarikat call centre, syarikat yang perlukan promoter atau customer service perlukan khidmat anda untuk mencari pekerja yang berkualiti seramai yang boleh. Kalau anda tidak berminat untuk menghabiskan masa mencari bakat-bakat di luar sana, anda mungkin boleh juga menjadi pakar membuat resume dan memberi nasihat kepada penganggur atau menawarkan perkhidmatan membuat resume.
.
.
5#Penterjemah atau Editor
.


.
Kalau anda adalah orang dalam bidang bahasa, ini adalah kerja yang sangat mudah bagi anda. Jika anda menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, senang untuk anda membuat duit. Banyak syarikat luar negara atau dalam negara memerlukan khidmat anda sebenarnya.
.
.
Malahan anda boleh jadi editor dan penulis pada masa yang sama. Antara servis yang anda boleh tawarkan adalah penulisan artikel, kandungan website, buku, dan mengedit bahan akademik ataupun professional. Cuba buat duit dengan cara ini secara online dan akan akan terperanjat dengan jumlah pelanggan anda.
.
.
6#Buat Survey
.


.
Anda boleh menyertai mana-mana survey yang dijalankan yang mana anda akan dibayar mengikut kajian atau soal selidik yang anda selesaikan. Hanya perlu daftarkan diri di laman-laman survey yang boleh dipercayai dan apa yang anda perlukan hanyalah komputer dan internet sebagai modal untuk buat duit dari rumah.
.
.
7#Jadi Pakar Rumah
.


.
Kalau anda suka mengemas dan membersihkan rumah atau boleh dikatakan pakar membersihkan rumah, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk menawarkan khidmat membersih, mencuci dan mengemas rumah orang lain.
.
.
Anda juga boleh ambil upah kemas pejabat-pejabat yang berhampiran rumah anda. Anda tentukan sendiri masa yang fleksibel untuk anda bekerja. Ambil tempahan melalui media sosial dan tentukan waktu yang anda ingin bekerja dalam seminggu.
.
.
Anda juga boleh upah orang lain untuk membuat kerja-kerja pembersihan ini dan beri mereka komisyen. Terpulang kepada anda dam kemampuan anda.
.
.
8# Jaga Haiwan
.


.
Anda boleh tawarkan khidmat menjaga haiwan semasa pemiliknya sibuk atau terpaksa pergi ke tempat lain dalam tempoh waktu yang lama. Anda boleh buat duit dengan cara ini hanya jika anda seorang pencinta dan penggemar haiwan.
.
.
Pastikan anda betul-betul tahu cara untuk menjaga haiwan tersebut kerana jika tersilap langkah boleh memudaratkan haiwan tersebut dan sudah tentu pemiliknya akan perasan jika sebabrang perubahan berlaku kepada haiwan mereka semasa berada dalam jagaan anda. Dengan ini anda dapat membuat duit yang mudah sambil bermain dengan haiwan kegemaran anda.
.
.
P/S : Semoga perkongsian ini membantu para pembaca. Mohon sebarkan artikel ini untuk manfaat rakan-rakan kita.
.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *